Friday 1 July 2011

Sejarah SMK Felda Besout

Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Besout telah diasaskan pada 9 Januari 1984. Pada minggu pertama persekolahan pelajar-pelajar menumpang di Sekolah Menengah Slim River. Para pelajar ini telah memulakan sidang persekolahannya pada sesi petang. Pelajar perintis seramai 210 orang ini terdiri daripada 3 kelas tingkatan satu dan 3 kelas tingkatan dua.
     Pada 16 Januari 1984, para pelajar telah berpindah ke bangunan sementara Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Besout. Bangunan ini telah didirikan oleh pihak FELDA di atas sebidang tanah seluas satu hektar dengan belanja RM116,000.00. Bangunan kayu ini terdiri daripada 2 blok iaitu 5 buah bilik darjah, 2 buah makmal, bilik guru, pejabat sekolah dan tandas. Perabot-perabot dan peralatan telah dibekalkan oleh Jabatan Pendidikan Perak.
     Bilangan guru pada ketika itu hanya 9 orang termasuk Pengetua. Puan Kalthom binti Abdul Rashid merupa Pengetua yang pertama. Beliau memegang jawatan Pengetua sehingga 1 Februari 1984 apabila pada tarikh yang sama, En. Shafie bin Mohd Ariffin telah melapor diri sebagai Pengetua. Puan Kalthom pula memegang jawatan sebagai Guru Penolong Kanan.
     Semenjak sekolah ini dibuka hingga kini (2009). Dua belas orang Pengetua telah ditugaskan di sekolah ini. Merka terdiri daripada :
  • Pn. Kalthom bt. Abd. Rashid
        : 9 Januari 1984 - 1 Februari 1984
  • En. Shafie b. Mohd Ariffin
        : 1 Februari 1984 - 1 Februari 1986
  • Pn. Kalthom bt. Abd. Rashid
        : 1 Februari 1986 - 15 November 1987
  • En. Abu Massaut b. Shafiee
        : 16 November 1987 - 19 Mac 1991
  • Tn. Haji Ibrahim b. Jamil
        : 1 April 1991 - 15 Januari 1992
  • Tn. Haji Hamzah b. Yusof
        : 16 Januari 1992 - 16 Februari 1994
  • En. Abdul Mutalib b. Abdul Hamid
        : - 30.3.1998
  • En. Mohd Saaid b. Sulaiman
        : 1 April 1998 - 11 Disember 1998
  • Tn. Haji Ibrahim b. Ahmad
        : 12 Disember 1998 - 16 Julai 2001
  • Tn. Haji Razali b. Ismail
        : Julai 2001 - Jun 2005
  • Pn. Hajah Ramlah binti Abdullah
        : Julai 2005 - Mac 2008
  • Tn. Haji Abdul Kefli bin Mat Sih
        : Mac 2008 - September 2009
  • Pn.Hajah Siti Mariam Bt. Joned
        :September 2009 - Julai 2011
  • Pn. Hajah Zabidah Bt. Hassim
              :Julai 2011 - Sekarang
     Setelah 25 tahun ditubuhkan, sekolah ini mengalami perubahan yang ketara dari segi kemudahan fizikal, pertambahan bilangan guru dan pelajar. Pelbagai kemajuan telah dicapai meskipun lokasinya jauh di pedalaman. Semoga dalam alaf baru ini Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Besout akan menempa kejayaan yang lebih cemerlang..

No comments:

Post a Comment